Jika kita memilih untuk hidup dalam 80 tahun yang penuh susah payah, kemudian dianugerahkan syurga abadi, kita akan rasa betapa susah-payah 80 tahun itu langsung tidak ada apa-apa makna dengan nikmat syurga yang kekal abadi. Kita akan rasa lega, kita memilih untuk bersusah payah menjadi hamba Ilahi yang baik selama 80 tahun, kerana sekejapnya 80 tahun itu, dibalas dengan syurga yang nikmatnya jauh melangkaui kesukaran kita di dunia selama 80 tahun.
Jika kita memilih untuk hidup dalam 80 tahun yang penuh dengan senang lenang kerana tidak mentaati Tuhan, tidak perlu hidup dalam peraturan, kita buat apa kita suka, kita akan rasa betapa ruginya kita bersenang lenang 80 tahun itu, apabila dibalas dengan neraka yang kekal abadi. Kita akan rasa menyesal, kita memilih untuk melupakan Allah, ingkar kepadaNya, merasakan selama ini peraturan Islam itu payah dan sukar, lantas memilih untuk menderhakaiNya selama 80 tahun. Kerana sekejapnya 80 tahun itu, dibalas dengan neraka yang azabnya tidak terkata, membuatkan kita tahu betapa tidak bermaknanya 80 tahun penuh senang lenang yang kita kecapi di dunia. -HILAL ASYRAF-
No comments:
Post a Comment